Khamis, 7 Ogos 2008

300 Penyokong Anwar Berkumpul di Mahkamah

Kira-kira 300 orang termasuk penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di sekitar pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, bagi mengikuti pendakwaan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Mereka termasuk wartawan media tempatan dan asing mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi dengan kawalan ketat di pintu masuk ke pekarangan mahkamah.

Pasukan keselamatan termasuk Unit Pencegah Rusuhan (FRU) turut ditempatkan di kawasan terbabit.

Wartawan yang ingin memasuki pekarangan dikehendaki mendaftarkan nama masing-masing di dua kaunter khas yang disediakan.

Anwar dijangka sampai di mahkamah kira-kira jam 10 pagi bagi menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiada ulasan: