Isnin, 11 Ogos 2008

11/8 Man Utd News


Sir Alex Ferguson is hopefullon adding to Manchester United's strike rank this week-and has not ruled out a shocked move for Thiery Henry

Gambar Serangan Russia ke atas Georgia : Georgia Bermain Api??

BEDIL MUSUH: Unit artileri Russia melancarkan bedilan dari bandar Dzhava, ke arah askar Georgia di Ossetia Selatan.




HILANG ARAH: Seorang wanita Georgia menangis sambil membawa anaknya dekat kawasan rumahnya di Gori, semalam, yang diserang pesawat Russia.





1000 Bantah Majlis Peguam




Kedegilan Majlis Peguam meneruskan forum awam “Memeluk Islam” menjadi punca timbulnya tentangan daripada kumpulan tertentu yang sekaligus boleh menggugat keharmonian negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata reaksi seumpamanya memang dijangka setelah badan profesional guaman itu terus membelakangkan nasihat supaya membatalkan forum berkenaan.

“Saya sudah kata jangan dibuat (forum) secara terbuka kerana tentu berlaku reaksi daripada kumpulan lain, tetapi mereka (Majlis Peguam) berdegil, perkara seperti ini memang sensitif dan kita sudah menjangka ini akan berlaku,” katanya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kekecohan yang timbul apabila forum kontroversi itu tetap diadakan semalam walaupun ditentang pelbagai pihak. Forum itu, bagaimanapun ditamatkan tiga jam lebih awal atas nasihat polis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Kira-kira 1,000 orang mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar Besar semalam dengan membawa pelbagai sepanduk menentang penganjuran forum berkenaan, termasuk anggota Majlis Angkatan Antara Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (Mapan), PAS, Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Imegresen Siasat 36 Pegawai


Jabatan Imigresen menyiasat 38 pegawainya termasuk dua atasan di luar negara kerana disyaki bersubahat dengan pihak tertentu dan terbabit dalam kegiatan memalsukan dokumen.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mahmood Adam, berkata dua atase di luar negara itu sudah diarah melapor diri ke Ibu Pejabat Imigresen di sini minggu ini bagi membantu siasatan serta menjalani program pemulihan.

Baki 36 lagi pegawai imigresen yang disiasat itu, bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan semua mereka juga diarah melapor diri ke ibu pejabat mulai pagi ini.

"Siasatan itu dibuat selepas kami menerima maklumat daripada orang awam serta kakitangan jabatan ini di dalam dan luar negara yang mengesyaki mereka terbabit dengan salah laku.

"Kesalahan itu termasuk memalsukan dokumen serta membuat pakatan dengan pihak tertentu bagi melakukan kesalahan imigresen dan lalai ketika bertugas," katanya kepada Berita Harian dalam satu pertemuan di pejabatnya di sini.

Mahmood berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), berhubung siasatan yang dibuat terhadap pegawai berkenaan bagi memudahkan tindakan diambil jika wujud unsur rasuah.

Katanya, siasatan sudah hampir selesai dengan pihaknya kini dalam proses menyediakan laporan lengkap dan jika wujud unsur membabitkan gejala rasuah, ia akan diserahkan kepada BPR dalam masa terdekat.

Sabtu, 9 Ogos 2008

9/8 Man Utd News


Sir Alex Ferguson is hoping Cristiono Ronaldo will sign a new contract and acknowledges the importance of Man Utd hanging on the winger.-Man Utd

Georgia , Russia Berperang



PERANG BERMULA: Tentera Georgia melancarkan serangan roket ke atas puak pemisah di Ossetia Selatan dari satu lokasi rahsia berhampiran Tskhinvali, semalam.

Tbilisi, Moscow hantar tentera untuk tawan wilayah Ossetia Selatan Selatan

DZHAVA: Beratus-ratus terbunuh selepas Georgia melancarkan operasi tentera besar-besaran bagi menawan semula wilayah yang keluar daripada pemerintahannya, Ossetia Selatan, menyebabkan Russia menghantar unit kereta kebalnya bagi melindungi wilayah pro-Moscow itu, semalam.

Pertempuran meletus antara tentera dua negara itu ketika dunia memberi tumpuan kepada sukan Olimpik di Beijing dengan ramai pemimpin termasuk Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, menghadirinya.

KENA SERANG: Stesen televisyen Russia, Channel One menyiarkan rakaman kereta kebal Georgia terbakar di Tskhinvali.

Konflik terbaru dianggap yang terburuk sejak perang wilayah itu mencapai kemerdekaan tidak rasmi selepas berperang dengan Georgia hingga 1992.

Olimpik Bermula!!!



BERPRESTIJ: Persembahan artis yang berlari mengelilingi belon udara planet bumi antara pertunjukan hebat sempena acara pembukaan Sukan Olimpik ke-29 di Stadium Nasional Beijing, malam tadi.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Anak Yatim Perlis Dibantu Sepanjang Ramadan



Gambar Hiasan

Jawatankuasa Penyelaras Anak Yatim Perlis sedang merangka program bagi membantu lebih 2,000 anak yatim di negeri ini sepanjang bulan Ramadan dan menjelang hari raya ini.

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Md Zain Hamzah berkata sehubungan itu pihaknya memerlukan kerjasama l01 buah masjid di negeri ini untuk mengemukakan maklumat mengenai jumlah anak yatim di kariah masing-masing.

"Kira-kira 30 buah masjid yang belum berbuat demikian. Kami memerlukan senarai lengkap agar tiada yang tercicir daripada menerima sumbangan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau menganggarkan terdapat lebih 2,000 anak yatim yang berusia bawah 18 tahun di Perlis yang perlu dibantu melalui pelbagai program kebajikan pada Ramadan seperti majlis berbuka puasa dan sumbangan menjelang hari raya selain bantuan persekolahan mereka.

Sementara itu, Md Zain yang juga Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Perlis berkata permohonan untuk anak-anak yatim menduduki asrama pertubuhan itu di Jejawi dekat sini, kini dibuka.

Setakat ini hanya 38 anak yatim yang menghuni asrama itu sedangkan ia berkeupayaan menampung sehingga 100 penghuni, katanya.

Rais Yatim : Hentikan Campuri Urusan Malaysia



Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu Amerika Syarikat (AS) berhenti mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia oleh kerana negara ini mempunyai undang-undangnya sendiri.

Beliau berkata, undang-undang Malaysia diluluskan oleh Parlimen dan tidak ada sebab negara lain memandang rendah terhadap Malaysia dalam aspek pelaksanaan pentadbiran undang-undangnya sendiri.

“Kod Prosedur Jenayah kita asalnya daripada Common Law dan Kanun Keseksaan juga asalnya daripada Common Law.

“Dengan itu, tidak ada sebab dalam apa-apa hal, untuk sebarang kuasa lain di bumi ini untuk mengkritik pentadbiran kehakiman dalaman negara lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis mengibar bendera sempena Sambutan Hari Asean ke-41 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas naib presiden AS, Al Gore bahawa kerajaan Malaysia terbabit dengan “kelakuan pembunuhan untuk melenyapkan seorang pemimpin politik pembangkang yang berkesan”.

Sehubungan itu, Rais berharap Al Gore akan berhenti mengkritik Malaysia dan sudah tiba masanya beliau menilai kritikannya sendiri dan banyak lagi perkara penting untuk pemimpin seperti itu untuk bercakap dan bukan menumpukan perhatiannya kepada Malaysia saja.

Cristiano Ronaldo : Maruah Tercalar


Cristiano Ronaldo berdiri megah di Moscow pada 21 Mei lalu.

Pemain sayap Manchester United itu membantu kelab Liga Perdana Inggeris itu menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah dan mengumpul 42 gol sepanjang musim, dan tampak tiada sesuatu berupaya menyekatnya daripada dimahkotakan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2008.

Begitupun, 11 minggu berlalu dan pemain 23 tahun dari Portugal itu kini berdepan tugas berat untuk memulihkan reputasinya yang menyaksikan dia secara terbuka meluahkan hasrat untuk meninggalkan United dan berhijrah ke Real Madrid serta membandingkan dirinya ibarat hamba bola sepak.

Kempen mengecewakan di Euro 2008 merencatkan harapannya untuk mengesahkan status sebagai pemain terbaik di planet ini, diikuti pembedahan buku lali yang akan memaksanya berada di tepi padang sehingga penghujung September, mungkin meletakkan dirinya dalam situasi terdesak untuk bersaing dengan rakan sepasukan lain apabila kempen musim baru dimulakan.

Secara tiba-tiba, impian Ronaldo untuk menjejaki legenda seperti Zinedine Zidane, Ronaldinho dan Kaka sebagai pemain terbaik dunia, tampak pudar menjelang penghujung tahun.

Ia sepatutnya berbeza.

Ketika di dalam hujan di Stadium Luzhniki selepas sepakan penalti penentuan yang memberikan kemenangan ke atas Chelsea, Ronaldo menegaskan dia akan kekal di Old Trafford dan menafikan spekulasi yang mengaitkannya dengan Real Madrid.

Tetapi dalam tempoh sejam, dia membuat pusingan U dengan mengatakan masa depannya masih belum ditentukan, dan hari-hari selepas itu, episod itu terus berlarutan apabila Ronaldo dan Real mula rancak berbicara mengenai kemungkinan perpindahan.

Ketika spekulasi itu memuncak, pengurus United Sir Alex Ferguson yang sedang bercuti di selatan Perancis hanya mempunyai satu ketetapan dalam fikirannya � Ronaldo tidak akan ke mana-mana, sama ada dia menyukainya atau tidak.

Ferguson terbang ke Lisbon dan berbincang dengan Ronaldo yang diikat pada April 2007.

"Perbincangan berjalan lancar," kata Ferguson. "Kedua-dua kami memberikan pandangan masing-masing dan kedudukan pemain itu. Dan apa yang saya katakan adalah dia masih menjadi pemain Manchester United musim depan. Itu pendirian kami, dia tidak akan dijual."

Dengan kesabaran Ferguson yang semakin menipis, keputusan pada 12 bulan akan datang mungkin berbeza, terutama jika prestasi Ronaldo di atas padang terselit dengan ciri-ciri pemain yang mahu berpindah.

Menjelang bermula musim baru, Ronaldo mungkin diberi sambutan agak dingin oleh rakan sepasukan, Ferguson dan peminat United. Dengan nama legenda seperti Bobby Charlton, George Best, Eric Cantona dan Roy Keane tersemat di hati penyokong setia, pemain dari Madeira itu mungkin terpaksa bermula sekali lagi sekiranya mahu berada di tempat istimewa di Old Trafford. � AFP

Khamis, 7 Ogos 2008

Syed Hamid : Saiful Tidak Akan Dituduh


Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak akan dituduh di mahkamah kerana beliau adalah pengadu serta saksi utama kes liwat membabitkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini berkata agak mustahil pengadu terhadap kes jenayah yang dilakukan terhadap dirinya didakwa di mahkamah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia, di sini, petang ini.

Awal hari ini, Anwar mempersoalkan kenapa hanya dirinya dituduh dengan kesalahan itu.

Beliau berkata kertas pertuduhan yang dikemukakan hari ini secara jelas menyatakan Mohd Saiful bersetuju melakukan perbuatan seperti didakwa dan pendakwaan sepatutnya juga turut mendakwanya.

Anwar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Beliau dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap Mohd Saiful, 23.

AKIM Turut Bertanding

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), parti serpihan Pas yang akan turut bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang, akan mengumumkan nama calonnya pada 15 Ogos ini, sehari sebelum hari penamaan calon.

Presidennya, Hanafi Mamat, berkata beliau yakin calon Akim akan mendapat sokongan penduduk Permatang Pauh khususnya daripada kalangan penyokong Pas.

Akim yang ditubuhkan pada 1995 dan mendakwa mempunyai kira-kira 10,000 anggota di seluruh negara, pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Baharu tetapi tewas. “Kita yakin penyokong Pas yang lama memahami hasrat Akim akan mengundi calon parti kami nanti,” katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

Pengundian ialah pada 26 Ogos ini. — Bernama

Anwar News



DATUK Seri Anwar Ibrahim melambaikan tangan sebaik meninggalkan pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, tengah hari tadi selepas dituduh meliwat bekas pembantunya. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 tanpa penjamin dan kesnya disebut semula 10 September depan.

Datuk Seri Najib : Sedaya Upaya Yakinkan Pengundi P44


Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan cuba sedaya upaya untuk meyakinkan pengundi di Permatang Pauh walaupun menyedari sentimen sokongan terhadap pembangkang kuat di situ.

Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata ini berdasarkan keputusan pilihan raya umum di Parlimen Permatang Pauh, sebelum ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 16 Ogos manakala mengundi 26 Ogos ini.

Beliau turut mengulas mengenai forum 'Memeluk Islam' yang dianjurkan Majlis Peguam tidak wajar dibuat secara terbuka kerana boleh membangkitkan emosi kaum lain.

Kedah Bawa Bekalan Selesa


Juara bertahan, Kedah membawa bekalan selesa menjelang perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia di tempat lawan, apabila menumpaskan Perak 3-0 di Stadium Darulaman, Alor Star malam Rabu.

Ayam tambatan Kedah Marlon Alex James mencipta hatrik menerusi jaringan pada minit ke-31, 32 dan 40 untuk menjadikannya penjaring terbanyak setakat ini dengan sembilan gol.

Sementara itu perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyaksikan UPB-MyTeam selaku tuan rumah menundukkan Johor FC 3-1.

UPB-MyTeam terlebih dahulu membuka jaringan pada minit keenam melalui tandukan Mohd Zambri Chin namun empat minit kemudian bekas pemain kebangsaan Eddy Helmi Abdul Manan menyamakan kedudukan untuk terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Penyerang import UPB-MyTeam, Sasa Branezac kemudian meledak dengan dua gol pada minit ke-71 dan 73 untuk keputusan akhir 3-1.

Selangor, selaku juara kumpulan A pada pusingan peringkat kumpulan, sekadar seri tanpa jaringan dengan PDRM di Stadium Shah Alam.

Terengganu juga gagal mengutip sebarang gol untuk dibawa ke Stadium Utama, Kangar apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Perlis di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Perlawanan kedua suku akhir akan berlangsung pada Sabtu ini.

Gerhana Bulan Separa : 17 Ogos Ini


Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari bermula jam 2.25 pagi hingga 6.29 pagi, pada 17 Ogos ini.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA),orang ramai di Semenanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa daripada pukul 2.25 pagi hingga 6.44 pagi.

Orang ramai di Sabah dan Sarawak hanya berpeluang menyaksikan gerhana daripada 2.25 pagi hingga fasa maksimum iaitu pada pukul 5.10 pagi memandangkan waktu bulan terbit dan terbenam yang berbeza mengikut lokasi.

Kali terakhir gerhana seumpana itu telah disaksikan pada 8 Sept 2006.

Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Sempena Gerhana Bulan Separa itu, ANGKASA akan menganjurkan Program Gerhana Bulan Separa di Planetarium Negara pada 12 hingga 17 Ogos ini.

Siaran langsung fenomena itu juga boleh disaksikan di laman web Angkasa iaitu www.angkasa.gov.my/planetarium pada awal pagi 17 Ogos 2008.

Anwar Persoal Saiful Tidak Dituduh


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan dakwaan liwat terhadapnya hari ini adalah fitnah khianat yang bertujuan mencemar nama baiknya.

Bercakap kepada pemberita selepas keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempersoalkan bagaimana tuduhan liwat secara sukarela suka sama suka terhadapnya sedangkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dituduh.

Sementara itu, Peguam Anwar, Sankaran Nair, berkata tuduhan terhadap anak guamnya megikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu liwat dalam sukarela sebagai sesuatu yang pelik. Katanya, sepatutnya pendakwa turut menuduh Saiful atas kesalahan sama apabila memilih seksyen berkenaan untuk melakukan pendakwaan terhadap Anwar. Beliau juga berkata, Anwar mempunyai alibi kerana masa pada pertuduhan itu anak guamnnya itu bersama lima orang di Kondominium Desa Damansara, 26 Jun lalu. Sankaran bagaimanapun berkata, mahkamah hari ini bersifat adil kerana membenarkan jaminan serta tidak menahan pasport antarabangsa Anwar.

Anwar Mengaku Tidak Bersalah

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Beliau dituduh dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu.

300 Penyokong Anwar Berkumpul di Mahkamah

Kira-kira 300 orang termasuk penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di sekitar pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, bagi mengikuti pendakwaan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Mereka termasuk wartawan media tempatan dan asing mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi dengan kawalan ketat di pintu masuk ke pekarangan mahkamah.

Pasukan keselamatan termasuk Unit Pencegah Rusuhan (FRU) turut ditempatkan di kawasan terbabit.

Wartawan yang ingin memasuki pekarangan dikehendaki mendaftarkan nama masing-masing di dua kaunter khas yang disediakan.

Anwar dijangka sampai di mahkamah kira-kira jam 10 pagi bagi menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

7/8 Man Utd News


Manchester United manager Sir Alex Ferguson has said he is reseaching new singnings,but admitted he may not buy any one this summer market.-Man Utd

Rabu, 6 Ogos 2008

Anwar Didakwa Esok


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di mahkamah esok.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Anwar, 61, menerima sapina tengah hari tadi untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 10 pagi esok dan akan didakwa atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Datuk Jalil Tanding di Permatang Pauh??


Dikatan sudah sah Datuk Jalil akan menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di P44 Permatang Pauh.
Pada PRU12 yang lepas Datuk Jalil kalah kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sekarang ini..wallahualam..

Sufiah Setuju Pelawaan Pisang : Jalani Rawatan Islam


Wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang terjerumus ke kancah pelacuran akhirnya bersetuju menerima pelawaan Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang) menjalani rawatan mengikut kaedah Islam untuk kembali ke pangkal jalan, sekitar Oktober depan.

Pengarah Perancangan dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek, berkata persetujuan Sufiah menemui wakil Pisang bagi mengikuti sesi kaunseling dan rawatan selepas Aidilfitri ini, membuka laluan untuk membantu wanita itu yang kini menjadi pelacur kelas atasan di kota London.

Menurutnya, Pisang sentiasa menggunakan pendekatan tidak mendesak atau memaksa yang mungkin menyebabkan Sufiah terpanggil untuk berjumpa wakil kumpulan itu sekali lagi selepas pertemuan pertama April lalu bagi menjalankan rawatan komprehensif merangkumi kaunseling dan perubatan Islam.

Katanya, Pisang akan menjalankan rawatan secara kaunseling dan rawatan berlandaskan hukum agama terhadap Sufiah iaitu dengan perubatan ruqyah menggunakan bacaan al-Quran dan doa supaya wanita berketurunan Melayu itu meninggalkan kerjaya mengaibkan itu.

JAKIM Anjur Forum Isu Murtad


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan forum bertajuk 'Ancaman Riddah' di Dewan Solat, Masjid Persekutuan, Jalan Duta, di sini, 15 Ogos ini.


Menurut kenyataan Jakim hari ini, forum itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai mendapat maklumat terkini berkaitan isu riddah (murtad) dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang sering dihadapi masa kini.

Antara ahli panel forum, wakil Peguam Syarie, ahli akademik dan wakil Jabatan Kehakiman Malaysia.

Forum bermula jam 12 tengah hari sebelum solat Jumaat. - Bernama

Konsert Avril Lavigne : Penghayatan Kemerdekaan Untuk Anak-anak Muda??


Tindakan meluluskan Konsert Avril Lavigne yang akan diadakan pada hari Jumaat 29 Ogos sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke-51 adalah suatu penghinaan kepada
pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair.



Sempena bulan kemerdekaan ini, seharusnya diisi dengan penghayatan
bagi menghargai pengorbanan nenek moyang ketika memperjuangkan
kemerdekaan tanah air bukannya dengan memanggil waris penjajah untuk
mengajar anak-anak muda menjadi 'beruk' moden yang terkinja-kinja
tanpa hala tujuan

6/8 Man Utd News

Sir Alex Ferguson has stated that the transfer saga involving Cristiono Ronaldo is 'closed' and the winger will remain at Manchester United.-Man Utd

Selasa, 5 Ogos 2008

The Mummy : Tomb of the Dragon Emperor..(trailer)




The blockbuster global "Mummy" franchise takes a spellbinding turn as the action shifts to Asia for the next chapter in the adventure series, "The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor." Brendan Fraser returns as explorer Rick O'Connell to combat the resurrected Han Emperor (Jet Li) in an epic that races from the catacombs of ancient China high into the frigid Himalayas. Rick is joined in this all-new adventure by son Alex (newcomer Luke Ford), wife Evelyn (Maria Bello) and her brother, Jonathan (John Hannah). And this time, the O'Connells must stop a mummy awoken from a 2,000-year-old curse who threatens to plunge the world into his merciless, unending service.

Doomed by a double-crossing sorceress (Michelle Yeoh) to spend eternity in suspended animation, China's ruthless Dragon Emperor and his 10,000 warriors have lain forgotten for eons, entombed in clay as a vast, silent terra cotta army. But when dashing adventurer Alex O'Connell is tricked into awakening the ruler from eternal slumber, the reckless young archaeologist must seek the help of the only people who know more than he does about taking down the undead: his parents.

As the monarch roars back to life, our heroes find his quest for world domination has only intensified over the millennia. Striding the Far East with unimaginable supernatural powers, the Emperor Mummy will rouse his legion as an unstoppable, otherworldly force...unless the O'Connells can stop him first.

Anwar Tekad Bertanding


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tetap akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh walaupun beliau berada di dalam lokap.


Beliau berkata, dalam apa keadaan sekalipun hasratnya untuk bertanding itu tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

"Saya tidak tahu sama ada saya akan dibenarkan berkempen atau tidak selepas ini. Sama ada saya masuk lokap atau tidak, saya tetap akan bertanding di Permatang Pauh," katanya pada ceramah perdana PKR di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Ahad malam.

Katanya, bagi mencapai matlamat menyelamatkan ekonomi negara, Pakatan Rakyat perlu cepat bertindak memandangkan keadaan semakin buruk.

Sebab itu beliau memilih untuk bertanding di Permatang Pauh kerana beberapa kerusi Parlimen lain seperti Kulim Bandar Baru masih dalam proses menunggu keputusan mahkamah, tambahnya.

Anwar berkata, tidak timbul soal isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengkhianati pengundi di Permatang Pauh dengan meletakkan jawatannya sebagai Anggota Parlimen kawasan itu kerana sejak awal lagi beliau telah menjelaskan akan memberi laluan kepada suaminya sejurus sahaja beliau layak bertanding.

Selain Anwar, beberapa pemimpin parti Pakatan Rakyat, antaranya Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah turut berucap pada majlis itu.

Majlis Ceramah Perdana itu merupakan acara pembuka tirai kempen PKR menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan hari penamaan calon dan mengundi.

Perisikan Israel Paksa Penduduk Palestin yang Sakit Beri Maklumat Pejuang Hamas




MANGSA: Seorang rakyat Palestin mengikuti rawatan dialisis di Khan Younis, Gaza. Israel memaksa pesakit Palestin mendedah rahsia pejuang jika mahu rawatan.


Penduduk Palestin yang sakit teruk menjadi sasaran penderaan perisikan Israel apabila memaksa mereka bekerjasama memberi maklumat mengenai aktiviti pejuang jika sebagai balasan dibenarkan keluar dari Gaza untuk mendapatkan rawatan, menurut satu laporan.

Agensi perisikan domestik Israel, Shin Bet, memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada pesakit perlu dibenarkan mematuhi temu janji hospital di Israel atau Tebing Barat, kata Doktor bagi Hak Asasi Manusia Israel (PHR).

PHR mengumpulkan keterangan daripada lebih 30 pesakit serius, termasuk barah, yang menceritakan pengalaman ditekan tentera Israel di terminal Eraz di antara Israel dan Gaza.-agensi

5/8 Man Utd News


Blackburn rovers have completed the signing of full back Danny Simpsonon a season-long loan from Premier League rivals Manchester United.-MUfc

Marin Amerika Kekal di Afghan


Pentagon sudah mengarahkan lebih 1,250 askar marin untuk menerus berkhidmat melatih pasukan keselamatan Afghanistan, terutama di kawasan perbatasan.

Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, sudah mengeluarkan arahan untuk menambah 200 lagi angggota Marin bagi membantu pasukan sedia ada.

Pegawai Pentagon berkata, penambahan itu turut membabitkan lapan krew helikopter yang mungkin dibawa dari Iraq.


Keputusan melanjutkan khidmat tentera marin Amerika Syarikat itu adalah susulan tindakan sama membabitkan Batalion Kedua dan Regimen Marin Ketujuh untuk tempoh sebulan lagi.


Ini bermakna, tentera marin negara itu hanya akan pulang penghujung November nanti.

Keputusan Gates menghantar anggota tambahan itu dibuat seminggu beberapa ketua tertinggi tentera negara itu mengadakan perbincangan mengenai keperluan untuk terus berada di Afghanistan.

Gates itu memberi kebenaran kepada Pemerintah Sementara Tentera AS di Afghanistan, Lt Jen Martin E Dempsey, supaya memindahkan lapan helikopter dari Iraq ke Afghanistan — masing-masing membabitkan empat pesawat pejuang Cobra dan empat helikopter pengangkut MH-53. - AP

MRR2 : Retak LagiI!!!!! ( Tak Larat nak Gam dah Oiiiii )

bhnews@bharian.com.my


KEADAAN TERKAWAL: Lalu lintas berjalan lancar di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam.

Cuepacs, Fomca syor bentuk tribunal khas

KUALA LUMPUR: Marah, bimbang dan terkejut. Itulah reaksi pemimpin kerajaan dan masyarakat berhubung keretakan tiang jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kelmarin, yang ketiga dalam tempoh empat tahun.

Sehubungan itu, kerajaan disaran menubuhkan tribunal bebas bagi menyiasat punca sebenar keretakan terbaru itu bagi mengelak kejadian berkenaan berulang hingga membahayakan keselamatan orang ramai.

Cadangan itu dibuat Presiden Cuepacs, Omar Osman dan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah yang meninjau jejambat berkenaan semalam selepas terkejut dan bimbang dengan kejadian itu.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas kejadian itu pula menegaskan keretakan berkenaan boleh dielakkan jika pihak yang bertanggungjawab berhati-hati dan memastikan masalah sama tidak berulang pada masa yang singkat.

Perdana Menteri berkata, kejadian itu bukan saja menyebabkan rakyat marah, tetapi boleh menimbulkan pelbagai andaian yang bersifat negatif.

"Mereka buat pelbagai rumusan dan sudah tentu rumusannya tak baik. Dulu apabila rosak kita belanja RM70 juta, itu satu perbelanjaan yang besar, sekarang retak lagi... inilah cerita yang buat rakyat tak seronok, tak senang hati, bahkan marah.

"Masalah ini boleh dielak jika kita berhati-hati memastikan apa yang sudah dibaiki teguh dan tidak akan berlaku kerosakan atau keretakan," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Putrajaya, semalam.

Kelmarin, jejambat berharga RM238 juta yang menghubungkan Kepong dan Selayang ke ibu kota itu, terpaksa ditutup lagi selepas sebuah tiangnya dikesan mengalami kerekahan.

MRR2 yang mula dibuka pada 1999, kali pertama mengalami keretakan pada Ogos 2004 dan kedua, Februari 2006.

Abdullah berkata, jika semuanya dibuat dengan baik, sudah tentu rakyat tidak akan marah dan laluan itu boleh digunakan dengan selamat serta tidak menakutkan.

"Menakutkan jika berlaku runtuhan atau kemalangan. Jadi, sudah tentulah ini tidak baik," katanya.

Kelmarin, Presiden Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar, turut menyuarakan kekecewaannya kerana kejadian itu masih berulang di sebalik memorandum dikemukakan persatuan itu mendesak penyelesaian segera dibuat selepas berlaku keretakan dua tahun lalu.

Beliau juga mahu kerajaan mendedahkan laporan syarikat perunding, Halcrow Group Ltd berhubung hasil siasatan jejambat itu sebelum ini.

Beliau bimbang keretakan itu boleh membahayakan pengguna.

Isnin, 4 Ogos 2008

Bina Peribadi Ketika Makan















Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu
makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu
makan:

1. Tunggu orang yang paling tua

"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan
begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat
kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok
waktu makan."

2. Baca bismillah dan guna tangan kanan

"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke
mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh
syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang
banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu

"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang
pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia
tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang
lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah
waktunya."

4. Kawal suapan

"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih
jangan tamak dan bersifat qanaah.mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia
akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah
perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia
mempengaruhi roh."

Perkara Anda tak Perasan atau Buat-buat tak Perasan


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi
anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15orang dalam dunia ini menyayangi
anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin
menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada
seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup
bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.
11. Sekiranyaanda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula;
mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk
mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan
memperolehinya,tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala
makihamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa
senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup
untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda
tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar
pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda
sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini,
bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit
masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang
atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.


4/8 Man Utd News







Ruud Van Nistelrooy admits Real Madrid have been affectedby speculation over Cristiano Ronaldo,who he expects to stay at Manchester united.

Malaysia's Hybrid Car

AFP - Sunday, August 3

KUALA LUMPUR (AFP) - - Malaysia's state-owned carmaker Proton is developing a new, fuel-efficient hybrid car to beat rising costs and address environmental concerns, reports said Sunday.

ADVERTISEMENT

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told the state Bernama news agency he had already test-driven the car and urged the company to continue researching energy-saving techonologies.

"The kind of car that all countries and car companies love now is the green car. Consumers will also be happy when they drive such a car knowing it saves fuel and does not pollute," the Star daily quoted him as saying.

"Such an effort by Proton will also assist the government in saving petrol and preserving the environment."

Hybrid vehicles, which deliver power by switching between a gasoline (petrol) engine and an electric motor, can save up to 30 percent on fuel costs but they are more expensive than conventional models.

Proton was formed 25 years ago by former premier Mahathir Mohamad as part of an ambitious national industrialisation plan but its market share has slumped over the years, as it faced difficulties coping in a new deregulated market.

The government has urged it to forge a partnership with a foreign automaker to give it the expertise and economies of scale that it needs to survive, but talks with Volkswagen and General Motors have collapsed.

The company aims to launch its first multi-purpose vehicle early next year, Bernama reported.

F. Campbell Tarik Perhatian Ferguson

Ferguson janji Campbell beraksi dalam EPL


MANCHESTER: Sir Alex Ferguson mengakui pemain muda, Fraizer Campbell akan mendapat peluang dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan jaringannya dalam perlawanan penghargaan kepada Ole Gunnar Solsjaer, kelmarin.

Campbell, yang boleh menjejaskan usaha untuk mendapatkan Dimitar Berbatov berikutan prestasinya yang memuncak, menjaringkan gol tunggal ketika United mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Espanyol.

Bekas penyerang Norway, Solskjaer dijangka meraih sekitar dua juta pound (RM13.94 juta) selepas 68,868 penyokong hadir di Old Trafford bagi pertemuan dengan pasukan Sepanyol itu.


Tetapi ia memerlukan gol minit ke-82 Campbell untuk menundukkan Espanyol, yang berada pada kedudukan corot ke-12 dalam Liga Sepanyol, musim lalu.

Kecederaan betis Cristiano Ronaldo yang dijangka akan mengenepikan penyerang Portugal itu sehingga Oktober, menjejaskan pilihan serangan United menjelang musim baru dan usaha kelab itu untuk mengumpan Berbatov kelihatan menemui jalan buntu.

Jadi ketika United dijangka akan melancarkan kempen mempertahankan gelaran EPL menentang Newcastle pada 17 Ogos ini, Ferguson mengakui Campbell yang berusia 20 tahun - berperanan menjulang Hull City ke liga utama musim lalu - akan memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah serangan kelab itu.

Ferguson berkata: “Fraizer Campbell mengambil golnya dengan baik dan ia akan membantunya. Dia adalah pemain muda agresif, sangat laju dan sentiasa berusaha, dan dia akan pergi jauh.” - AFP

Penghormatan Tugu Negara

Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat
Azamin Amin
Sun | Aug 03, 08 | 10:43:56 am MYT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) -"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."

Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

ImageAbdullah dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan."

Ahad, 3 Ogos 2008

United Game

Report: United 1 Espanyol 0

Ole Gunnar Solskjaer played 25 minutes in his testimonial, as United beat Catalan side Espanyol 1-0 thanks to a goal from Fraizer Campbell.

That the youngster left it until the 82nd minute to seal the victory was ironic given Solskjaer’s penchant for late winners, as was the calm Campbell exuded in dinking the ball over goalkeeper Alvarez Cristian.

Ole, now 35, looked sharp during his time on the pitch and you can’t help but wonder what role he would have played in the 2008 European Cup final had injury not forced him to retire in August 2007. Against Espanyol he proved he still has the smarts to play at the top level.

Of course, the score on Saturday was always going to take a backseat to Solskjaer on his special day. The Norwegian, who scored 126 goals during his Old Trafford career, emerged last out of the tunnel to walk with his children through a guard of honour formed by the two teams.

Presentations of gifts followed before the match kicked off, the Reds attacking the Scoreboard End. Solskjaer didn’t start – instead he would come off the bench, as he did 150 times for United.

The match began at a sharp pace, with Espanyol winning two quick corners before the Reds clicked into gear. Carlos Tevez was his usual busy self, harrying defenders and keen to get touches on the ball. Nani, making his first pre-season appearance, almost sent the Argentine clear on 14 minutes with a delightful clip over the Espanyol defence.