Khamis, 7 Ogos 2008

AKIM Turut Bertanding

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), parti serpihan Pas yang akan turut bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang, akan mengumumkan nama calonnya pada 15 Ogos ini, sehari sebelum hari penamaan calon.

Presidennya, Hanafi Mamat, berkata beliau yakin calon Akim akan mendapat sokongan penduduk Permatang Pauh khususnya daripada kalangan penyokong Pas.

Akim yang ditubuhkan pada 1995 dan mendakwa mempunyai kira-kira 10,000 anggota di seluruh negara, pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Baharu tetapi tewas. “Kita yakin penyokong Pas yang lama memahami hasrat Akim akan mengundi calon parti kami nanti,” katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

Pengundian ialah pada 26 Ogos ini. — Bernama

Tiada ulasan: