Sabtu, 9 Ogos 2008

Georgia , Russia Berperang



PERANG BERMULA: Tentera Georgia melancarkan serangan roket ke atas puak pemisah di Ossetia Selatan dari satu lokasi rahsia berhampiran Tskhinvali, semalam.

Tbilisi, Moscow hantar tentera untuk tawan wilayah Ossetia Selatan Selatan

DZHAVA: Beratus-ratus terbunuh selepas Georgia melancarkan operasi tentera besar-besaran bagi menawan semula wilayah yang keluar daripada pemerintahannya, Ossetia Selatan, menyebabkan Russia menghantar unit kereta kebalnya bagi melindungi wilayah pro-Moscow itu, semalam.

Pertempuran meletus antara tentera dua negara itu ketika dunia memberi tumpuan kepada sukan Olimpik di Beijing dengan ramai pemimpin termasuk Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, menghadirinya.

KENA SERANG: Stesen televisyen Russia, Channel One menyiarkan rakaman kereta kebal Georgia terbakar di Tskhinvali.

Konflik terbaru dianggap yang terburuk sejak perang wilayah itu mencapai kemerdekaan tidak rasmi selepas berperang dengan Georgia hingga 1992.

Tiada ulasan: