Rabu, 6 Ogos 2008

Sufiah Setuju Pelawaan Pisang : Jalani Rawatan Islam


Wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang terjerumus ke kancah pelacuran akhirnya bersetuju menerima pelawaan Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang) menjalani rawatan mengikut kaedah Islam untuk kembali ke pangkal jalan, sekitar Oktober depan.

Pengarah Perancangan dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek, berkata persetujuan Sufiah menemui wakil Pisang bagi mengikuti sesi kaunseling dan rawatan selepas Aidilfitri ini, membuka laluan untuk membantu wanita itu yang kini menjadi pelacur kelas atasan di kota London.

Menurutnya, Pisang sentiasa menggunakan pendekatan tidak mendesak atau memaksa yang mungkin menyebabkan Sufiah terpanggil untuk berjumpa wakil kumpulan itu sekali lagi selepas pertemuan pertama April lalu bagi menjalankan rawatan komprehensif merangkumi kaunseling dan perubatan Islam.

Katanya, Pisang akan menjalankan rawatan secara kaunseling dan rawatan berlandaskan hukum agama terhadap Sufiah iaitu dengan perubatan ruqyah menggunakan bacaan al-Quran dan doa supaya wanita berketurunan Melayu itu meninggalkan kerjaya mengaibkan itu.

Tiada ulasan: