Selasa, 5 Ogos 2008

Marin Amerika Kekal di Afghan


Pentagon sudah mengarahkan lebih 1,250 askar marin untuk menerus berkhidmat melatih pasukan keselamatan Afghanistan, terutama di kawasan perbatasan.

Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, sudah mengeluarkan arahan untuk menambah 200 lagi angggota Marin bagi membantu pasukan sedia ada.

Pegawai Pentagon berkata, penambahan itu turut membabitkan lapan krew helikopter yang mungkin dibawa dari Iraq.


Keputusan melanjutkan khidmat tentera marin Amerika Syarikat itu adalah susulan tindakan sama membabitkan Batalion Kedua dan Regimen Marin Ketujuh untuk tempoh sebulan lagi.


Ini bermakna, tentera marin negara itu hanya akan pulang penghujung November nanti.

Keputusan Gates menghantar anggota tambahan itu dibuat seminggu beberapa ketua tertinggi tentera negara itu mengadakan perbincangan mengenai keperluan untuk terus berada di Afghanistan.

Gates itu memberi kebenaran kepada Pemerintah Sementara Tentera AS di Afghanistan, Lt Jen Martin E Dempsey, supaya memindahkan lapan helikopter dari Iraq ke Afghanistan — masing-masing membabitkan empat pesawat pejuang Cobra dan empat helikopter pengangkut MH-53. - AP

Tiada ulasan: