Khamis, 7 Ogos 2008

Anwar Persoal Saiful Tidak Dituduh


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan dakwaan liwat terhadapnya hari ini adalah fitnah khianat yang bertujuan mencemar nama baiknya.

Bercakap kepada pemberita selepas keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempersoalkan bagaimana tuduhan liwat secara sukarela suka sama suka terhadapnya sedangkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dituduh.

Sementara itu, Peguam Anwar, Sankaran Nair, berkata tuduhan terhadap anak guamnya megikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu liwat dalam sukarela sebagai sesuatu yang pelik. Katanya, sepatutnya pendakwa turut menuduh Saiful atas kesalahan sama apabila memilih seksyen berkenaan untuk melakukan pendakwaan terhadap Anwar. Beliau juga berkata, Anwar mempunyai alibi kerana masa pada pertuduhan itu anak guamnnya itu bersama lima orang di Kondominium Desa Damansara, 26 Jun lalu. Sankaran bagaimanapun berkata, mahkamah hari ini bersifat adil kerana membenarkan jaminan serta tidak menahan pasport antarabangsa Anwar.

Tiada ulasan: