Khamis, 7 Ogos 2008

Gerhana Bulan Separa : 17 Ogos Ini


Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari bermula jam 2.25 pagi hingga 6.29 pagi, pada 17 Ogos ini.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA),orang ramai di Semenanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa daripada pukul 2.25 pagi hingga 6.44 pagi.

Orang ramai di Sabah dan Sarawak hanya berpeluang menyaksikan gerhana daripada 2.25 pagi hingga fasa maksimum iaitu pada pukul 5.10 pagi memandangkan waktu bulan terbit dan terbenam yang berbeza mengikut lokasi.

Kali terakhir gerhana seumpana itu telah disaksikan pada 8 Sept 2006.

Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Sempena Gerhana Bulan Separa itu, ANGKASA akan menganjurkan Program Gerhana Bulan Separa di Planetarium Negara pada 12 hingga 17 Ogos ini.

Siaran langsung fenomena itu juga boleh disaksikan di laman web Angkasa iaitu www.angkasa.gov.my/planetarium pada awal pagi 17 Ogos 2008.

Tiada ulasan: