Isnin, 11 Ogos 2008

1000 Bantah Majlis Peguam




Kedegilan Majlis Peguam meneruskan forum awam “Memeluk Islam” menjadi punca timbulnya tentangan daripada kumpulan tertentu yang sekaligus boleh menggugat keharmonian negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata reaksi seumpamanya memang dijangka setelah badan profesional guaman itu terus membelakangkan nasihat supaya membatalkan forum berkenaan.

“Saya sudah kata jangan dibuat (forum) secara terbuka kerana tentu berlaku reaksi daripada kumpulan lain, tetapi mereka (Majlis Peguam) berdegil, perkara seperti ini memang sensitif dan kita sudah menjangka ini akan berlaku,” katanya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kekecohan yang timbul apabila forum kontroversi itu tetap diadakan semalam walaupun ditentang pelbagai pihak. Forum itu, bagaimanapun ditamatkan tiga jam lebih awal atas nasihat polis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Kira-kira 1,000 orang mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar Besar semalam dengan membawa pelbagai sepanduk menentang penganjuran forum berkenaan, termasuk anggota Majlis Angkatan Antara Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (Mapan), PAS, Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tiada ulasan: